Sabtu, 9 Mac 2013



CRABSTICK IN PUFF PASTRY
BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..
  4. Dah ready utk pembakaran sebelum menyapu kuning telor...
BLACK FOREST CHEESE CAKE

ABahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - saya guna biskut digestives
125 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh coklat emulco

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

Bahan-bahan D:
1 tin pitted black cherries

Topping:
150 ml jus ceri - saya campur dgn bluebery topping(filing) dan kurangkan jus ceri
1 sudu besar tepung jagung - saya guna 2 sudu teh gelatin + 2 sudu besar air dan diboilkan

Cara:

  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco.Kacau rata.
  3. Tuangkan mentega bercampur coklat kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah ceri.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
  9. Buat topping dgn mencampurkan jus ceri dan tepung jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api.
  10. Tuangkan jus ceri hingga habis.Atur buah ceri.simpan dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..(saya cuma masukkan selama 2 jam sahaja kerana kek ni cepat keras

                                    nyummy...cubelah kat umah tau dan jgn lupe letak komen sekali..